Tuesday, April 8, 2008

Lencana SMKWB

BENDERA SMKWB


Bendera sekolah terdiri dari warna merah, kuning, biru dan putih dengan lencana sekolah di tengah-tengahnya. Bendera ini bersaiz 166 cm (panjang) x 90 cm (lebar).

HURAIAN WARNA
Merah- melambangkan keberanian iaitu pelajar sentiasa berani menghadapi sebarang cabaran untuk mencapai kecemerlangan.

Kuning- melambangkan budaya, norma-norma dan cara hidup ketimuran yang sentiasa dipupuk selaras dengan kemajuan ilmu pengetahuan, dan pendidikan.


Biru- melambangkan perpaduan iaitu seluruh warga sekolah sentiasa bersatupadu dan bekerjasama memajukan sekolah.

Putih- melambangkan ketulusaan dan kesucian jiwa serta keikhlasan para pendidik dan pelajar yang sentiasa bersedia member dan menerima ilmu, bebas dari sebarang bentuk idealogi, ajaran sesaat dan pengaruh negatif.

Kesimpulannya, warna-warna yang diguna pakai dalam bendera dan lencana sekolah memberikan satu aspirasi kepada warga sekolah untuk mencapai hasrat misi dan visi yang digariskan dalam perancangan strategik. Manakala lambang-lambang geometri di dalam lencana sekolah merupakan elemen-elemen yang perlu ada untuk menjadi insan cemerlang seperti yang terkandung dalam misi dan visi sekolah.

MISI SMKWB

  • Mewujudkan sekolah yang ceria, selesa dan selamat
  • Membina pelajar yang mahir dan berpengetahuan serta membina jati diri yang mantap berteraskan disiplin yang tinggi
  • Membentuk pelajar yang sihat fizikal & cerdas minda
  • Melahirkan para pelajar, beriman, beramal dan bertaqwa

VISI SMKWB

SMKWB sebagai Penjana Insan Gemilang menjelang tahun 2010