Friday, May 9, 2008
Tuesday, April 8, 2008
BENDERA SMKWB
Bendera sekolah terdiri dari warna merah, kuning, biru dan putih dengan lencana sekolah di tengah-tengahnya. Bendera ini bersaiz 166 cm (panjang) x 90 cm (lebar).
HURAIAN WARNA
Merah- melambangkan keberanian iaitu pelajar sentiasa berani menghadapi sebarang cabaran untuk mencapai kecemerlangan.
Kuning- melambangkan budaya, norma-norma dan cara hidup ketimuran yang sentiasa dipupuk selaras dengan kemajuan ilmu pengetahuan, dan pendidikan.
Biru- melambangkan perpaduan iaitu seluruh warga sekolah sentiasa bersatupadu dan bekerjasama memajukan sekolah.
Putih- melambangkan ketulusaan dan kesucian jiwa serta keikhlasan para pendidik dan pelajar yang sentiasa bersedia member dan menerima ilmu, bebas dari sebarang bentuk idealogi, ajaran sesaat dan pengaruh negatif.
Kesimpulannya, warna-warna yang diguna pakai dalam bendera dan lencana sekolah memberikan satu aspirasi kepada warga sekolah untuk mencapai hasrat misi dan visi yang digariskan dalam perancangan strategik. Manakala lambang-lambang geometri di dalam lencana sekolah merupakan elemen-elemen yang perlu ada untuk menjadi insan cemerlang seperti yang terkandung dalam misi dan visi sekolah.
MISI SMKWB
- Mewujudkan sekolah yang ceria, selesa dan selamat
- Membina pelajar yang mahir dan berpengetahuan serta membina jati diri yang mantap berteraskan disiplin yang tinggi
- Membentuk pelajar yang sihat fizikal & cerdas minda
- Melahirkan para pelajar, beriman, beramal dan bertaqwa
Wednesday, March 26, 2008
MAKLUMAT ASAS SMKWB
1.2.1 ALAMAT SEKOLAH: SEK.MEN. KEB. WAKAF BHARU 16250 Wakaf Bharu,
Kelantan Darul Naim.
1.2.2 KOD SEKOLAH: DEE 6362
1.2.3 GRED SEKOLAH: A
1.2.4 NO TEL PEJABAT: 09-7196168 @ NO. FAKSIMILIE : 09-7182168
1.2.5 WEBSITE: http://smkwakafbharu2008.blogspot.com/
1.2.6 E-MAIL: smkwb008@yahoo.com
KEJAYAAN SMKWB
2. Memenangi Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik Peringkat kebangsaan (Bahagian Menengah Harian) bagi tahun 1996,1997 dan 1998.
3. Anugerah “Tokoh Guru Koperasi” terbaik Peringkat Kebangsaan 1998
4. Juara 3K peringkat Negeri Kelantan ((Kategori Sek Men) bagi tahun 2001. Mewakili Negeri Kelantan ke Peringkat Kebangsaan
5. Menerima 3 Anugerah Terbaik Koperasi Kelantan 2001
6. Johan PPD 9 kategori Pertandingan Juara II pengurusan Sekolah 2001
7. 3 Emas dan 1 Perak dalam anugerah Juara Peringkat Negeri 2001
8. Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Pendididkan 2002 (kategori sek. Men. Luar Bandar)
SEK MEN KEB WAKAF BHARU 2008
Pengetua pertama ialah Tuan Haji Husin b. Salleh yang pada ketika itu sebagai Penyelia Petang SMK Mahmud Mahyiddin sebelum beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMKWB dan jumlah guru SMKWB di awal penubuhnanya seramai 21 orang. Beliau telah memilih semua setiausaha unit sekolah SM Mahmud Mahyiddin dan ini menjadi satu pemangkin besar kepada perubahan dan peningkatan SMKWB dalam percaturan akademik di daerah Pasir Mas / Tumpat hingga ke hari ini.
Sesi persekolahan pada mulanya hanya satu sesi dan dibuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pada tahun 1982, pelajar Tingkatan 1 di ambil terus dari sekolah SK Wakaf Bharu, SRK Wakaf Bharu, SK Delima, SK Kubang Batang, SK Chenderong Batu, SK Kebakat dan SK Morat. Pada tahun ini juga kali pertama pelajarnya mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Pada peringkat permulaan infastruktur sekolah, terdiri daripada dua buah blok bangunan dua tingkat dan dua blok bangunan setingkat iaitu di Blok Bengkel Kemahiran Hidup, kantin, Blok Delima dan Blok Nilam. Sekolah ini sepatutnya dibuka pada penggal kedua persekolahan tahun 1981, namun begitu kerana desakan oleh ibu bapa pelajar maka SMKWB dibuka pada tarikh 2 Mei tahun tersebut. Ekoran pembukaan SMKWB yang dipercepatkan ini, sekolah dan warganya menanggung risiko yang amat berat. Selama tiga bulan sekolah berfungsi tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik. Namun begitu guru, pelajar dan ibu bapa berusaha agar persekolahan dapat berjalan dengan lancar dengan bekalan air daripada sebuah perigi.
Pembukaan secara rasmi telah dilancarkan pada 1 Oktober 2002 bersamaan 24 Rejab 1423 Hijrah oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu iaitu YB Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin. Ketika ini SMKWB mempunyai sepuluh buah blok.